KENANGAN TAHUN BARU CINA

Assalamualaikum dan hai semua . 

Lamanya aku tak menulis coretan disini . Rindu rasanya nak menulis tapi apakan daya dengan keadaan aku yang sangat tak meizinkan masa . Sibuk tak menentu . Didalam aku sibuk diwaktu malam mesti aku teringat kenangan tahun lalu yang tak dapat aku lupakan SAMPAI BILA - BILA 😡😡 . Kenangan yang tetap akan aku ingat sampai bila - bila. 

Tahun lepas , sebelum PKP terjadi di negara Malaysia ni , kaum Cina sempat sambut tahun baru Cina . Macam tulah juga , arwah kakak saudara aku dengan aku . Seronok rasanya dapat sambut tahun baru Cina bersama kawan berbangsa Cina . Baru aku rasa ada kawan Cina tu macam mana gayanya . 😡 

Aku ingat lagi seminggu sebelum kilang tempat bekas Kak Yana kerja itu bercuti selama seminggu , pekerja dengan orang pejabat kilang dijamu makan malam di satu restoren popular di daerah Kluang . Seronok betul . Almaklumlah makan malam terakhir yang pernah aku rasa itu semasa di Tingkatan 6 . Masa sekolah dengan kerja tu suasananya memang lain lah senang cerita .

Dijamu makan yang sedap - sedap . Dapat angpow yang mesti . Boleh tengok daerah Kluang waktu malam . Tengok orang mabuk tak ingat dunia . Macam kungfu mabuk pelakon Jackie Chan gamaknya . Semestinya yang paling seronok arwah kakak saudara aku . Baju hijau yang arwah pakai tu cantik sangat . Bersungguh orang yang minat kat dia tu belanja . Nak tahu tak orang yang minat arwah kakak saudara aku itu orang berbangsa Cina ? . Tapi , aku tak sangka itu makan malam terakhir untuk korang berdua sebelum kakak saudara aku menghadap illahi . 

Masa raya diorang tiga hari , sempatlah aku pergi rumah kawan - kawan aku . Gigih betul aku demi mendapatkan sebiji limau . Tengok baby kawan yang baru lahir tu . Comel sangat . Sepet - sepet hihikhik . Gambar inilah jadi bukti yang arwah kakak saudara aku rindu sangat kat anaknya . Nanti aku cerita kenapa dengan anaknya  ye . 

Masa ni arwah kakak saudara aku paksa aku suruh ambil gambar ni buat kenangan . Sedih rasanya tengok gambar ni . Kenangan yang dibuat untuk aku rupanya . Siapa yang tak sedih . 

Aku harap bila COVID - 19 berakhir aku nak cari kawan aku balik dan nak menyatakan kat mereka semua terima kasih kerana menjadi kawan aku . Bantu aku ketika aku susah . Semoga hidup kalian dirahmati Allah SWT . 





0 comments